Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT
berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat perbezaan
pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam.
Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang
pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan
menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah
khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah)
dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah
utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar bertanya
kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang
diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia
menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau
menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan
disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika
Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak
menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
menyucikan Engkau ?'
Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan dengan ayat
tersebut, para mufasir memberikan komentar yang beragam. Dalam tafsir al-Manar
disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat
yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat dari ketentuan dialog
(at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu
mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya
kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan dan perdebatan
dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para
malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada
sesuatu yang lain."
Sedangkan dalam tafsir
al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya Allah telah
memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di
muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah."
Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka bertanya:
"Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami bahawa
mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah, ataukah
khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya
para malaikat melalui fitrah mereka yang suci yang tidak membayangkan kecuali
kebaikan dan kesucian, mereka mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah
adalah puncak dari segala wujud. Puncak ini terwujud dengan adanya mereka,
sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan kehairanan mereka, bukan
berasal dari penentangan atau apa pun juga."
Kita melihat bagaimana
para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan
kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing dari mereka. Kedalaman Al-Quran
sangat mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya
yang memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT
berfirman:
"Kemudian Dia
menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya
dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati
atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka hati.'" (QS. Fushshilat:
11)
Apakah seseorang
membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan bumi, dan bumi dan
langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog ini di antara mereka?
Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat.
Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk
meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya.
Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam.
Kita membayangkan
bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam, Dia memberitahukan
kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka bersujud kepadanya, bukan dengan
tujuan mengambil pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci
Allah SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT memberitahukan mereka bahawa
Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi, dan bahawa khalifah ini akan
mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka akan membuat kerosakan di
muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu para malaikat yang suci mengalami
kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya,
namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan termasuk dari mereka? Apa rahsia
hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam masalah ini? Kebingungan malaikat dan
keinginan mereka untuk mendapatkan kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan
kehairanan mereka tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak
segudang pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera
menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi
yakin dan berserah diri. Firman-Nya:
"Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)
Ayat tersebut
menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para malaikat, yang
kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini kebenaran kehendak Allah.
Kita tidak membayangkan terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat
sebagai bentuk pengutusan terhadap Allah dan penghormatan terhadap para
malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat
sendiri berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di muka
bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan
disiapkan untuk hal tersebut.
Sesungguhnya tasbih
pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal yang sangat mulia di alam
wujud, namun khilafah di muka bumi bukan hanya dilakukan dengan hal itu. Ia
memerlukan karakter yang lain, suatu karakter yang haus akan pengetahuan dan
lumrah baginya kesalahan. Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi
dalam jiwa para malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua
ini layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun.
Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan mereka
terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu tidak
menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana mereka tidak
mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya
yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab
perwujudannya pada sesuatu.
Setelah beberapa saat
para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah ciptaan baru, di mana dia
berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan menyucikan Allah, dan dia pun
berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya
yang hanya menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan
menjadi ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah yang tinggi yang
tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak
menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku." (QS.
adz-Dzariyat: 56)
Ibnu Abbas membaca
ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal Aku). Pengetahuan
merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali pendekatan yang
terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa yang disampaikan oleh
Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat dalam ayat tersebut adalah
urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan kepada kita
dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak mengetahui
hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa dialog tersebut tidak
terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama kita, manusia."
Para malaikat
mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi. Allah SWT
menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia memberitahukan
bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia
menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud
kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud
penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan
kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika
Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan menciptakan
manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan
kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya.
' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan
diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. " (QS. Shad: 71-74)
Allah SWT mengumpulkan
segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang berwarna putih,
hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu, manusia memiliki
beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan air sehingga menjadi
tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari
tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah SWT menyempurnakannya dengan
kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh
Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di dalamnya.
Selanjutnya, Nabi Adam
membuka kedua matanya dan ia melihat para malaikat semuanya bersujud kepadanya,
kecuali satu makhluk yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah
makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis berdiri
bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka. Iblis
berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis untuk
sujud kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:
"Allah berfirman:
'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan
dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa
termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik
daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan
dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya
kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai
hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka
dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang
diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari
kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka
semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (QS. Shad:
75-83)
Nabi Adam mengikuti
peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan suasana cinta, rasa takut, dan
kebingungan. Nabi Adam sangat cinta kepada Allah SWT yang telah menciptakannya
dan memuliakannya dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya.
Adam juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan
mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika melihat
makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu
membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang
menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang
lain.
Kemudian alangkah
anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik dari tanah. Dari
mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana
Dialah yang menciptakan api dan tanah dan mengetahui mana di antara keduanya
yang paling utama.
Dari dialog tersebut,
Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memakai atribut keburukan
dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai
hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia
akan tetap hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput
ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat
iblis dan telah mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui
musuh abadinya. Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang
Allah SWT.
Barangkali ada
seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda tidak meyakini terjadi
dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya dan Anda cenderung menakwilkan
ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda menerima adanya dialog antara Allah dan
iblis." Saya jawab: "Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada
kesimpulan tersebut. Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya
adalah hal yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan
keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan karakter
penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan mulia. Adapun iblis ia
terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan karakternya sebagai jin
mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain, bahawa jin dapat
beriman dan dapat juga menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka
dapat saja tidak berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu
sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi dialog.
Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung untuk
menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat
menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan secara langsung - setelah
penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang
terkena tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung
maksud yang dalam.
Allah SWT tidak pernah
mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada akhirnya, iblis
tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar menolak untuk sujud kepada
Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi
Adam dan akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya atau
mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan kepada
makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia memberikan kepada mereka
kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang
perlu diperhatikan bahawa keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat
kepada- Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya,
keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat tidak bererti
menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada mereka.
Adam menyedari bahawa
kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada
makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan
kebebasan itu. Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari
pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa iblis
adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui bahawa para
malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal dirinya saat itu.
Kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya tentang hakikatnya, hikmah
penciptaannya, dan rahsia penghormatannya. Allah SWT berfirman:
"Dan Dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS.
al-Baqarah: 31)
Allah SWT memberinya
rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam simbol-simbol dan nama-nama.
Allah SWT mengajarinya untuk menamakan benda-benda: ini burung, ini bintang,
ini pohon, ini awan, dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama
tersebut. Yang di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah
SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan yang
terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu dan
belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari
penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di balik penghormatan para malaikat
kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama benda-benda; kekhususannya dan
kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas para
malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. "
(QS. al-Baqarah: 31)
Yang dimaksud adalah
kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para malaikat memperhatikan
sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka, namun mereka tidak
mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT tentang kelemahan
mereka untuk menamai benda-benda tersebut atau memakai simbol-simbol untuk
mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan terhadap
ketidakmampuan mereka:
"Maha Suci Engkau."
(QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, kami
menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak ada yang
kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS.
al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka
mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada Adam:
"Hai Adam,
beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." (QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian Nabi Adam
memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan kepada mereka dan
mereka tidak mengenali nama-namanya:
"Dan Dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku
nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab:
'Maha Suci Engkau.
Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada
Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah
berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka
setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah berfirman:
'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia
langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu
sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah SWT ingin
berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan yang mereka
tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang penciptaan Nabi Adam
sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan dan sebagaimana
juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.
Para malaikat
menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak
mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui,
mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka
memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana ia akan
menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan. Yaitu, pengetahuan
terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan dengan Islam atau iman. Para
malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran bumi dan pengubahannya dan
penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan dengan ilmu-ilmu mated di muka
bumi.
Adalah hal yang maklum
bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu
yang dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang
berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi
yang lain maka ia laksana burung yang terbang dengan sayap satu di mana setiap
kali ia terbang sayap yang lain mencegahnya.
Nabi Adam mengetahui
semua nama-nama dan terkadang ia berbicara bersama para malaikat, namun para
malaikat disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam
merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang
perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang.
Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:
Adam berkata:
"Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur." Perempuan itu
menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di
tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya: "Dari
mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT
menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya: "Mengapa
Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram
denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang
merasakan kesepian."
Para malaikat bertanya
kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab: "Namanya Hawa."
Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam
berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam keadaan hidup."
Nabi Adam adalah
makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi pengetahuannya kepada Hawa, di
mana ia menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga
Hawa mencintainya. Allah SWT berfirman:
"Dan Kami
berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah
makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)
Kita tidak mengetahui
tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan para mufasir
berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah
syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit."
Namun sebahagian lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah
al-Ma'wa maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan
di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang
Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat
bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat
yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima
ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami
sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil
berkenaan dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang
dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa
memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan kenikmatan manusiawi
semuanya. Di sana mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga.
Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak
terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada saat
ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak
menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih
sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai
dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk
mendekati segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang
barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata
kepada mereka sebelum memasuki syurga:
"Dan janganlah
kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang
zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi Adam dan Hawa
mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pohon ini, namun
Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai manusia ia lupa dan hatinya
berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi
Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya.
Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah aku akan
menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi
Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia memakan
buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang
memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya dalam
syurga.
Berlalulah waktu di
mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada suatu hari
mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah
mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah
musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu dan
memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya
mereka berdua memakan buah terlarang itu.
Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah
Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)
Tidak benar apa yang
disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda Nabi Adam yang
kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak
menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab
atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga
disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina manusia, dan
yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan.
Belum selesai Nabi
Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan penderitaan, kesedihan, dan
rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya dan berhentilah muzik indah yang
memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian
juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa
isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk
menutup tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah
agar mereka turun dari syurga.
Nabi Adam dan Hawa
turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih
sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana ketulusan taubat mereka,
akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada
mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di
dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan.
Allah SWT berfirman:
"Di bumi itu kamu
hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan
dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian Allah SWT
menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya
di syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi.
Allah SWT berfirman:
"Dan Sesungguhnya
telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu),
dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami
berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali
Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini
(Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah
sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi
celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan
telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan
di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat
kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon
khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka keduanya memakan dari buah
pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya
menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan
sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan
memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga
bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka
jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti
petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha:
115-123)
Sebahagian orang
menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana kesalahannya dan
kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT
berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada malaikat:
"Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Dan
Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan
khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi
Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan penurunan
kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa
Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan turun ke
bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan mereka.
Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka bumi
agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga keturunan mereka -
bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka dari syurga, dan bahawa
jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT dan
permusuhan pada setan.
Apakah dikatakan
kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan bahawa Nabi Adam
terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia keluar dari syurga
dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari
anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang
kerananya ia mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan
memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat
yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya
yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang
bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu.
Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang
memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi
Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan
kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu
berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat
khalifah di dalamnya.
Nabi Adam memahami
pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah musuhnya. Secara pasti ia
mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan penyebab
kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa seseorang jika ia
berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga dapat dilewati dengan
ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat,
memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar
beristighfar dan mengucapkan:
"Ya Tuhan kami,
kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang
yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)
Allah SWT menerima
taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul
pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari
syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal tersebut
(hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga
setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari
negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum
kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah)
setelah pengangkatan kenabian mereka.
Nabi Adam mengetahui
bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi ia harus
menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus menanggung kesulitan
agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata,
serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang
hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan
pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga,
yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan kepada
anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara
pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka
barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan merasakan
ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan
mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.
Nabi Adam mengerti
semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas
bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia
menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya,
memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di
dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik.
Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang perempuan, dan pada
perut berikutnya seorang lelaki dan seorang perempuan, maka dihalalkan
perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan anak perempuan dari
perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta
memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi Adam mengajak
mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan kecenderungan pertama
dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu iblis sehingga terjadilah
kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka bumi. Salah seorang anak Nabi
Adam membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu membunuh
saudaranya yang baik. Allah berfirman:
"Ceritakanlah
kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah dari
salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain
(Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan bahawa
pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya sendiri. Nabi
Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan korban lalu setiap dari
mereka menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT menerima korban dari salah
satu dari mereka dan menolak korban yang lain:
"Ia (Qabil)
berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil: 'Sesungguhnya Allah hanya
menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu
menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan
menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah,
Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah
bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan
oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai syahid, dan ia menyembunyikan
kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh mengangkat
tangannya sambil mengancam, namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan
tenang:
Sesungguhnya aku ingin
agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu
akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-
orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah percakapan
antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak yang baik beberapa
saat. Setelah beberapa hari, saudara yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan
yang penuh dengan pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan dagingnya dimakan
oleh burung Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang
belulang berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju
saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu ia mengangkat tangannya dan
menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak laki-laki baik itu tampak pucat
wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya, lalu ia bangun. Ia bermimpi
saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya sehingga tidak tampak lagi
gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya benar-benar
mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban dengan tenang dan tampak pucat
wajahnya.
Rasulullah saw
bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka anak Adam
yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang pertama kali
mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam
keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam,
ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui
bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali sendinan.
Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di depan ayahnya,
maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya, dan di mana ia dapat
membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama kali
mad di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang
mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba
keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia merasa
ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung gagak yang
berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang hidup
meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia mulai menggali
tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan
paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya
di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si
pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya dan
kemudian berteriak:
"Berkata Qabil:
'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini,
lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31)
Ia mulai merasakan
kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah dilakukannya terhadap saudaranya.
Ia segera menyadari bahawa ia adalah orang yang paling buruk dan paling lemah.
Ia telah membunuh orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam
berkurang satu dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak Nabi Adam.
Bergetarlah tubuh si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu ia
menggali kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam
berkata:
"Ini adalah
perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi
nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi Adam merasakan
kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya. Salah seorang dari mereka
mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam salat untuk anaknya yang
mati, dan kemudian ia kembali menjalani kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah
manusia yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati
anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT.
Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan meminta kepada mereka
agar berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman pribadinya bersama
iblis kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega
membunuh saudara kandungnya sendiri.
Nabi Adam telah
menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti sehingga
anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di atas bumi. Angin
bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun pohon tua yang ditanam oleh
Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh
air danau. Dan ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air
mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon
itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu
sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa
bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam
sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat
dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati.
Kamar yang sederhana,
kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan janggutnya yang putih dan
wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pohon dan
bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu
wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada
satu perahu keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang
dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu
adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan
anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia sendirian di muka
bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk membimbing mereka dan
menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama, sifat-sifat, dan mukjizat-
mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka dipertemukan dengan satu hal, yaitu
mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah wasiat
Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam menutup kedua matanya, dan
para malaikat memasuki kamarnya dan mengelilinginya. Had Nabi Adam tersenyum
ketika mendapatkan kata salam yang dalam, dan rohnya mencium bau bunga syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar